Rembulan Tenggelam di Wajahmu

by - July 20, 2020

clear sky showing the moon

ku lihat bulan terang,
sangat indah di malam hari,
ku melihat matahari menyinari,
bersahutan sang burung di pagi hari,
aku di sini memandang tingkap,
melihat berulang-ulang,
sedang aku bertanya,
apa tujuan hidupku,
mulanya aku ada,
namun selalu saja berubah,
kerna dengan tujuan hidup aku hargai detik nafasku,
untuk aku pulang kepada Maha Pencipta.




begitulah serba sedikit puisi hasil membaca buku dari negara seberang Indonesia tulisan tere-liye iaitu Rembulan Tenggelam di Wajahmu.

buku ini sangat meruntun jiwa bagaimana aku berjalan melintasi kehidupan seorang hamba Allah yang mempunyai banyak pertanyaan dalam hidupnya. dan 5 pertanyaan terjawab menyebabkan serba-serbi menjawab pertanyaan dalam hidupku. Wah hebat kan? antaranya..
             
                        "mengapa aku hidup"
                        "kenapa aku dilahirkan dalam keluarga ini"
                        "mengapa aku tidak bahagia"
                        "mengapa Engkau merampas bahagiaku"

begitulah pertanyaan yang disimpulkan dalam hidup ini?
korang nak tahu tak? aku just bagi hint sikit eh..

kehidupan ini tidak sia-sia. besar kecil,semua bererti. bagi manusia, hidup ini sebab-akibat. kehidupan kita menyebabkan perubahan garis hidup orang lain., kehidupan orang lain menyebakan perubahan garis hidup orang lain lagi. saling berhubung dengan ramai lagi.umpama suatu peta dengan jutaan warna benang yang melingkar, saling menjalin . bayangkan, Indah kan? mungkin bagi kita, we are nothing, but we are everything to others. mungkin bukan semua, tapi satu. sungguhpun, mungkin satu dapat tarik kita ke syurga. fikirkan..

kalau kita kehilangan seseorang yang sangat bermakna bagi kita. kita sedih kan? tengok drama korea, oppa, hajima,hajimaaaa, saranghaeyooo huwaaaaa (baca dengan intonasi)  yes, sedih memang sedih. cuma buka hati kita besar-besar, kita lihat dari sisi seseorang itu yang pergi, bukan dari sisimu yang ditinggalkan. bukan saalahkan takdir.

orang yang hidup semestinya kena ada tujuan hidup, semestinya orang yang pergi kerana sudah mencapai tujuan hidup, pasti akan senyum saat maut mendatang.
orang yang ada tujuan hidup takkan bertanya kenapa dia hidup sebegini sebegitu. cumanya kita salah kalau tujuan hidup kita bukan ke arah pada Maha Pencipta bererti kearah keduniaan. maka saat kita tidak dapat kita akan jadi gila, jika sudah dapat kita jadi tamak. hurm begitulah.

lagi-lagi orang suka cakap baik aku mati je, hidup pon susah. Apa ko ingat mati tu senang? ayat pertanma tanya Ma rabbuka. boleh jawab tak nanti? wallahualam, aku tak suka bila dia tak dapat benda yang dia nak, dia menyahut bila akan mati, saat dia dapat apa dia nak, dia tunjuk pada satu dunia. if it is you, you actually need attention. and someone that can understand you, is Him, cliche right? doalah kau akan bertemu orang-orang yang baik.

dunia ni memang kejam, kita rasa tak adil kan? tapi ingat sebab tu ada akhirat.
percaya tak kalau aku completely faham bagaimana letaknya Maha Adil Allah menerusi buku ini?
sebab tu, kemana pon seorang pembunuh tu pergi, maka dia akan berjumpa jugak waris mangsa itu? tak paham? bacalah buku ni.  (aku berharap ada orang komen beli kat mana buku tu haha)

bagaimana korang paham tak isi blog ni? harapnya korang dapatlah input sedikit sebanyak hehe. aku try susun ayat bagi senang. kalau tak paham, again bacalah buku ni. so, bagaimana buku ni? macam buku motivasi ke? mesti ayat dia bosan kan? ala aku tak suka la baca buku ni nanti ngantuk kan?

buku ni dye cerita, like korang umpama berjalan dalam kehidupan orang lain dari kecil sampai tua. tak bosan pun, series best. banyak ayat puitis, btw ini buku kawan aku, Marni Ilyana, kalau kau baca Marni, terima kasih bagi pinjam. InsyaAllah aku akan beli buku ini sebab tak puas lagi. rasa nak baca dan baca lagi. dan mungkin aku akan follow setiap buku penulis ini. bayangkan buku ni dah sampai 37 cetakan ..berapa ratus ribu sudah terjual. overall,aku bagi 9.9/10. mana hilang 0.1? ohh ya sebab bahasa Indonesia, n dye puitis umpama bahasa yang tinggi buatkan aku tak paham, tapi aku dapat mesej yang penulis nak bagi. again, Terima kasih buat anda yang baca. bagi komen sikit. tak pun letak chaiyok!

You May Also Like

3 comments