Latihan Intensif Bakal Komander(LIBK) 2020

by - February 20, 2020

painting of stairs with white wooden frame


Assalamualaikum. Menghiasi entri dengan pengalaman selama 12 hari menyertai kem latihan intensif bakal komander (LIBK) di UITM Jasin iaitu pada 21 Januari 2020 sehingga 1 Januari 2020. Sebenarnya macam malas nak taip sebab selalu post kat ig atau di status Whatsapp tapi sedar lama-lama orang akan bosan dan fikir bila la minah ni nak move on dari kem dia ni. Jadi terfikir nak tulis je kat blog jadi sesiapa sudi baca silakan atau muingkin jadi rujukan kat bakal-bakal komander baru tahun-tahun seterusnya. Semoga bermanfaat okay.



pertama sekali apa itu LIBK? pelajar UITM boleh skip kot sebab korang mesti dah tau. Buat pengetahuan semua komander ni bukan Palapes ye. Lain.Semua UITM ada satu persatuan iaitu Majlis Perwakilan Komander Kesatria(MPKK). Terbuka kepada semua pelajar dan sebelum bergelar komander ada pemilihan iaitu kena lulus segala program atau aktiviti dalam LIBK. Best ke komander? I dont know yet because my journey in Komander just started but so far I tell myself to enjoy it haha. 

Hari pertama sampai je UITM Jasin, mula-mula rasa gerun sebab komander-komander banyak cerita pengalaman LIBK dorang. Tengok UITM Jasin, Alor Gajah dan Kuala Pilah ramai sangat dibandingkan dengan kampus aku Bandaraya Melaka(KBM). UITM Kuala Pilah datang dengan bawa berkotak-kotak air mineral. semua kat situ terkedu tengok dorang dengan datang lambatnya aduh. Serius aku punyala husnuzon mungkin nak sedekahkan sikit kat budak-budak lain. Adik beradik kan haha. selepas itu kami semua berbaris untuk kira kekuatan. Jumlah semua adalah 130 orang pada mulanya tetapi hari terakhir 125 orang.Malam itu kami ada pecahkan kumpulan buat Ice Breaking sikit dan aku tercampak kat kumpulan ALPHA. Tak best la kalau asyik dengan kampus kau je. kene jugak kenal kampus lain. Tak kenal maka Tak cinta. eh. maka terjalin lah kasih sayang. 

Hari kedua sehingga keempat kami semua ada latihan kawad yang diajar jurulatih pesara tentera.Garang woo. Belajar balik je kawad macam pra-LIBK. ada kawad tongkat jugak. Ni menarik tapi sehari je belajar. Pagi ada pt(physical training), petang pula riadah di situ kenallah kami pada hiburan "Ong Gedek Gedek". Malam akan ada kelas dimana kami semua kene pakai baju putih dan tudung merah cili dan tali leher merah bagi lelaki. Sekali pandang aku tak tahu la nak beza budak UMNO ke atau POS Malaysia. Kelas malam selalunya tempat kami semua akan tidur. Ya Allah mengantuknya bukan kepalang. memang tak boleh bendung. Mana taknya kitaorang habis latihan pukul 4 pagi kena berkumpul pukul 5.30 pagi. waktu pengurusan diri hanya 5-10 minit. Mandi? memang tak la.sehari sekali je itupun pukul 4.30 pagi. Tidur setengah jam. waktu rehat hanyalah pada waktu solat.berdosa jugak rasa bila kekhusyukan hilang sebab penat sangat hurm. Setiap hari akan tanya esok aku hidup lagi ke? haha over kan tapi tulah kenyataan. rasa macam tak boleh hidup kan tidur setengah jam je? tapi Alhamdulillah boleh je bila waktu mendesak. Mula-mula komander yang kejutkan kami bangun. dah hujung-hujung tu bangun sendiri je. tidur dalam kawad tu biasa. tapi percayalah aku paling takut bila tiba malam. kenapa? ha sebelum tu tengok dulu gambar aktiviti kitaorang.  

Waktu malam selalunya waktu segala hutang harus dibayar. kat sini panggil Hell macam regging kaw kaw la. kene la Push up, stand, dan sebagainya sampai berpuluh-puluh. Pernah  100 pon ada. Kesalahan walaupun kecil dan kalau sorang yang punca semua kene. Adik-beradik kan. Ko tak boleh expect dalam 130 orang takkan ada kesalahan. Mesti ada jugak jadinya Redha je lah. Selepas tu sebelum tidur ada water drill. kene habiskan minuman air like sorang lebih 1 Liter biar tak dehydrated. NIi paling aku suka sebab ada air teh o. Sumpah air kosong yang disediakan rasa air klorin! bila minum air tu bukan melegakan tapi menghauskan huhu . jadi bila air teh o kurang la rasa klorin tu. bagi setengah balang pon aku sanggup minum.

kitaorang bukan kawad je semata-mata. Hari kelima sampai ketujuh ada latihan medan di Kem Tasik Biru. Airnya cantik biru sesuai dengan namanya. Pergi sana jalan kaki guna kompas selepas diajar pada malam sebelumnya. Jauh sangat. Kumpulan Alpha merupakan kumpulan pertama sampai ke check point 1. Namun di persimpangan kami tersesat sehingga ke ladang getah milik sapa tah. dan pengakhirannya kami terakhir sampai di kem dan ada hanya 10 minit untuk masak dan kemaskan tapak. nasiblah makan nasi mentah. 

Selepas tu ada aktiviti air bermula water confident. Siapa tak pandai berenang pon kene terjun jugak. Sumpah best gila bila dapat terapung dalam air. Lepastu ada survival di hutan satu malam. Kitaorang kene  berenang untuk sampai ke hutan tersebut dengan memakai jaket keselamatan. Kami dilepaskan mengikut kumpulan. Memang timbul tenggelam la jawabnya bila dalam tasik tu. nasiblah terpeluk sesiapa kat situ. Sampai je kat hutan tu kene buat task iaitu macam kene buat tempat perlindungan guna kayu-kayu , masak dan sebagainya dan siap sebelum maghrib. Kumpulan Alpha buat tempat perlindungan untuk satu malam dan siap sebulum pukul 10 menggunakan daun pelepah, kayu-kayu , ranting. Dan aku sempat tidur sorang-sorang kat "rumah" dengan lenanya sebelum dikejutkan oleh pelatih-pelatih di situ. Rupanya semua kumpulan melakukan dengan cara yang salah!. sepatutnya tidak boleh tebang pokok dan kesalahan utama bila tiada yang bertanya kepada pelatih cara betul. nasiblah kene regging paling piaw kat situ sampai 100 kali tanpa berhenti. Ramai yang dah sakit. sorang-sorang jatuh. Masa tu aku dah mengalir air mata bila pelatih tanya apa perasaan bila kami semua sakit disini sedangkan ada je pilihan untuk tak masuk komander bersenang-senang seperti kawan lain dirumah. And I was like I'm not strong enough to handle this and I ran to another person and gave spirit to her to gain my motivation as well. Selepas tu kami ada aktiviti night walk. Ni seram jugak kena jalan sorang-sorang untuk sampai ke kem. Aku lupa kata laluan haha. pastu aku pegi tegur orang tak sepatutnya aka pontianak jadian . seram weh dye main-main kata laluan ngan aku. so aku jalan laju-laju sampai potong 5 orang depan sebab ingat dorang pon pontianak. haha.last-last kene marah ngan komander. jalan laju pon kene marah hurm.padan muka.

Selepas tu ada kene masuk hutan dengan liku-liku cabaran duri, lumpur, paya dan banyak lagi Aku teruja sebab ini pertama kali aku buat. Belajar ikatan tali, belajar hidupkan api dan banyak lagi. Tamatnya latihan medan, kami pulang ke UiTM Jasin sambung latihan kawad untuk persediaan ujian mengawadkan skuad dan latihan pentauliahan. Aku lemah nak mengawadkan skuad sebab susah nak baca kaki. Hasilnya kawad jadi hancur tapi buat je yang penting kau dah cuba. kitaorang pon ada ujian bertulis. Hasilnya siapa yang terbaik dapatlah anugerah bagi setiap kampus. Jaelous aku tengok tapi tak pe lah.haha.


Ha lupa nak cakap. Setiap platun diberi tongkat sebagai barang amanah. Tongkat itu ibarat maruah la kene jaga. Tak boleh jatuh, letak kat lantai dan paling penting jangan hilang. Jika tak,jadi hutang yang dibayar oleh Hell. Setiap bunyi tongkat merupakan suara ngeri yang kene elakkan. Selalunya KBM mesti tongkat bertukar dengan Jasin sebab lebih kurang sama. Aku pernah sampai nak gaduh sebab nak cari tongkat aku yang tertukar tapi haihh . t aku dah pandang tajam dari jauh maka tak jadi nak gaduh. 
Kumpulan Alpha is the best!. sebab popular asyik menang je semua pertandingan. Hari pertama je dah menang cheers walaupun kitaorang punya paling simple. Yang penting semangat. Ngam teruk la ngan dorang. Tapi Alpha ni satu je bagi lari je confirm kalah haha. kitaorang mesti no 1. atau no.4 . tak pernah rasa no 2 dan 3 haha. Apa taknya penghulu , penghuluwati dan peserta terbaik berkumpul kat Alpha. Kumpulan ni dipilih secara rawak ye bukan sukahati je nak. Susah semua sama-sama. Dear kumpulan Alpha , ingat tak kita jadikan air paip di kem Tasik Biru sebagai air paling sedap iaitu air Sprtitzer. Sesungguhnya bagi kita semua air paip itulah air yang meyegarkan dibandingkan air klorin yang kita terpaksa minum. Tak de lagi la kes sakit-sakit perut. lepastu kita beronde sama-sama. Kita buat latihan hutan sungguh-sungguh sampai kita satunya kumpulan yang tak kena denda sebab berjaya lindungi pesakit dalam kecemasan. Kita main sama-sama, support, tak mandi semua bersama. walaupun aku tak ingat pon nama korang. Ingat sikit-sikit je sebab short term memory hehe. kita bantai je tidur waktu kelas yang persediaan kelengkapan uniform waktu pentauliahan hhaha walaupun sampai kene tegur dengan komander. Kena maki pon ada namun apakan daya tidurku jauh lebih penting haha. tapi siswa lelaki Alpha sangat bertanggungjawab, selalu lindungi siswi, makan je makanan yang mentah janji x kene denda, idea always tiptop, sebab tu aku suka pergi kat dorang bila mental down. 


Balik dari kem, maka kembalinya dunia kawad, kawad and kawad untuk persediaan Pentauliahan Komander. Apa yang menariknya, mama ayah sempat datang tengok aku ditauliahkan. Rasa seronok dapat ditauliahkan selepas berhempas pulas selama 12 hari. Tapi sedih berpisah dengan kawan-kawan baru. Dimana ada pertemuan, di situ ada perpisahan. Aku ingat lepas tauliah dah ada title Komander Asyura tapi jangkaanku meleset! hanyalah KOMANDER BARU ASYURA. nak dapat tittle komander kena datang minggu mesra komander. Punyalah aku ingat makan-makan je rupanya ada kawad, pt and games. haha semoga tabah la Asyura.mungkin ada hikmah kenapa Allah gerakkan kaki dan hati aku masuk komander. Tapi tak salah cuna pengalaman baru. Cuba keluar dari zon selesa. Orang lain boleh, kalian pasti boleh, InsyaAllah. 


You May Also Like

2 comments