C.I.N.T.A

by - April 03, 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera, C.I.N.T.A, cliche kan tajuk tu?


two heart-shaped balloons on a pink background

sejujurnya, first think aku kalau dengar je perkataan cinta tu mesti berkait dengan pasangan antara lelaki dengan perempuan(zaman sekarang kena cakap details sebab sekarang pasangan ada banyak jenis) , maksudnya kekasih. Ya, dulu aku ni close minded, rasa menyampah bila orang cakap pasal cinta, dan aku rasa perlu ke nak bercinta buat masa sekarang dengan diri masih belajar, duit mak ayah yang tanggung. Thats was my first thought about CINTA. Dulu lah but now i'm okay. haha Selepas itu, aku teringatkan bait-bait lirik nasyid Kalimah cinta dari Inteam
"dengan cinta kenal Pencipta,
dengan cinta kenal RasulNya,
kerana cinta kenal saudara ,
bahagia keluarga....ohh indahnya cinta.

baru aku terfikir ohh kenapa Allah hadirkan cinta kepada semua orang sebab tu memang fitrah, sebab kita je manusia selalu lupa dan limitkan erti sebenar cinta. Tapi sekarang ni aku tak nak tazkirah pasal orang yang bercinta ni. Aku nak cakap kenapa kena ada Cinta dalam hati semua manusia.

lawan Cinta= benci
bila benci maka datanglah ego yang lama-kelamaan boleh bertukar kepada dendam.
Pernah tak kita dalam hidup ni punya perasaan kita sayang semua orang, kita percaya kepada semua orang, maksudnya kita sanggup berkorban kepada orang itu contohnya kepada kawan. End up, kawan tu pergi je tinggalkan kita, sekejap je dye hargai kita. Bila masa berlalu, dye pun lupakan kita. Lama-kelamaan, kita sudah tak percayakan orang, kita malas nak ambil peduli pasal orang lain, kita hanya fikirkan kita sebab kita tahu selepas ni dyeorang semua dah tak peduli pasal kita dan mereka akan tinggalkan kita juga. Perasaan sayang dah tak de kepada semua orang. Ego lagilah tinggi menggunung sehinggakan nak cakap sayang pada kawan-kawan kita susah sangat. Jika ya pun, hanyalah di bibir namun tidak di hati sebab kita rasa orang-orang ni hanyalah seketika sahaja. Dan akhirnya mereka yang hadir di dalam hidup kita ni tak penting pun.Bayangkan bukan sahaja kita seorang malah kepada semua masyarakat pada hari ini yang berfikiran seperti itu.

bila cinta semakin hilang, maka timbul nya benci. Masyarakat yang membenci antara satu sama lain. Bila cinta semakin hilang, lahirlah sikap suka mengumpat, menfitnah dan sebagainya, Bila cinta semakin pudar, lihatlah tiada siapa peduli nasib mereka yang susah kelaparan, anak-anak yatim, gelandangan, kerana  kau kau aku aku.  Bila bumi tandusnya cinta, lihatlah saudara di Syria, Palestin, Somalia, Ughur merana kerana zalimnya manusia yang tiada cinta, belas kasihan sanggup menumpahkan darah di bumi yang fana ini. Lebih menyedihkan bila ada diantara kita berkata'itu salah mereka, bukan urusan kita'. Kita hanya melihat tanpa sekelumit pun termenung fikirkan nasib mereka di sana dan masih leka  dengan dunia sendiri.

tiada lagi pemimpin yang mendengar dan merasai seperti Saidina Umar RA yang menangis kerana takutkan rakyatnya yang tidak terjaga. Tiada lagi seorang suami seperti Nabi Muhammad SAW yang mencintai isterinya sehingga sanggup tidur didepan pintu kerana tidak mahu mengejutkan isterinya, tiada lagi seorang anak yang sanggup membahayakan dirinya yang sarat mengandung seperti Asma demi membantu perjuangan bapanya. Tiada lagi seorang sahabat seperti Abu Bakar RA yang membela dan yakin kepada sahabatnya.
Hanya disebabkan, penawarnya semakin sarat dengan kebencian.
Ayuh, sama-sama kita cuba merendahkan sedikit keegoon hanya mengucapkan perkataan kepada orang di sekeliling kita "aku sayang kau" "ana sayang antum' 'i love you' sebagai tanda penghargaan mungkin pada keluarga serta sahabat. Sebarkan cinta pada semua.

tetapi buat mereka yang mungkin agak sukar untuk menimbulkan perasaan sayang dan cinta kepada bukan ahli keluarga, ingat ni. Islam mengajarkan kita bersederhana dalam sesuatu perkara. Mungkin kalian takut akan terluka lagi. Ya, aku pun melalui benda yang sama juga.
Jika mahu mempercaya seseorang, bersederhana lah
Jika mahu berkawan dengan seseorang, bersederhana lah,
Jika mahu yakin dengan seseorang, bersederhana lah.
Jangan expect seseorang itu terlalu baik sehinggakan jika dye berbuat salah, kita akan terus menghakimi dye dan kecewa
Jangan expect seseorang itu terlalu jahat sehinggakan tiada kebaikan yang dye buat di dunia.
Kerana akhirnya, jika sesuatu perkara diluar expectation kita, kita akan kecewa, benci dan mulalah kita menghakimi dye. bersederhanalah. Dan akhirnya aku juga ingin tergolong pembenci yang belajar untuk mencintai.
Sebarkan cinta kepada semua orang, maka dunia penuh dengan cinta lalu membangun dengan aman dan sejahtera. Bukankah Islam itu sendiri bermakna sejahtera.Mencintai kerana Allah. Bila kita faham ertinya, kita akan berlapang dada dan mencari hikmah.

↠ Apabila seseorang mencintai saudaranya, hendaklah dia mengatakan cinta kepadanya(Riwayat at-Tarmizi)↞
*btw gambar atas tu amik kat google*

You May Also Like

2 comments