MANGSA JENAYAH SIBER

by - June 11, 2020

green leafed plant on clear glass vase filled with water

lama tak update apa2 kat blog ni, jadilah harini(11/6/20220)  hampir terkena mangsa jenayah siber, jadi boleh la update sedikit pengalaman kan, untuk peringatan bersama. sebelum tu Assalamualaikum semua yang membaca, macam mana hidup anda semasa di rumah? hehe

cerita dia bermula malam semalam, sepupu aku jual baju knitwear, jadi aku offer la baju yang tak terjual tu masuk Carousell, tapi aku cakap siap-siap memang lambat silap makan sampai setahun nak dapat pelanggan. Jadi dia pon tak berharap sangat la.

waktu subuh, aku check email ada notification yang ada orang nak baju knitwear, terkejut sebab cepatnya dapat customer, pastu dye bagi no whatsapp untuk fast respon, jadi aku teruja pergila whatsapp dye, bukan sorang tapi dua orang! jadi kita cerita JEBON first dulu okay.

mula-mula JEBON ni cakap la dia orang Malaysia tapi kerja di Europe dan nak belikan baju untuk kawan dia di Selangor. So, dipendekkan cerita, dia bagi alamat rumah, aku teruja la sebab senang deal , so total RM18, dia mintak no account aku, full name dan e-mail. JEBON ni cakap dia guna bank luar negara, so nanti dapat email la. kalau korang tengok macam real serius macam bank yang bagi. rupanya dia terover payment sampai bagi RM418, dia mintak refund RM400. 

tapi aku check Maybank2u aku tak masuk pon duit tu, JEBON cakap, duit tu hold dulu, sampai aku bayar RM400 baru automatik bank INTERNATIONAL la sangat lepaskan RM418. korang tahu! aku transfer duit RM400 weh kat dia, tapi GAGAL! tahu tak sebab apa.? sebab akaun aku ada RM48 je hahahahhahha. bengong nya aku, nak transfer gak RM400 kat dia, walaupun ada baki banyak tu, pastu aku cakap la, nanti aku pergi Maybank nak tanya staff sana, kot-kot la baki duit tu aku tak nampak, hhahaha, blur tak aku. pastu JEBON tu macam marah aku,
instict aku kuat mengatakan, macam ada tak kene so aku tanya Dila sepupu aku, nak tak call center Maybank? sebelum tu aku hampir nak transfer duit dari Bank Islam kat JEBON  sebab kat situ aku simpan duit selepas kena marah ngan JEBON huhu. tapi terus tangan laju call center Maybank.

aku cerita semua kat operator Maybank tu, pastu dia terus cakap tu PENIPUAN! dia mintak IC aku, then confirmkan.  pastu dia cakap, kalau JEBON terlebih boleh je JEBON batalkan transaction melalui bank dia, dan tiada apa-apa  pemberitahuan bank melalui e-mail,  then cek nama MAYBANK Jebon bagi, nama India, padahal nama international bank JEBON Melayu! kan pelik tu. CHAUDHARY RUPESH KUMAR (1124622xxxx) pastu operator  suruh aku block si JEBON. sungguh selamat aku, kalau tidak habis naya RM400 ..dah la aku student lagi.

dah tahu pasal scammer ni, aku try pulak si MANGKOK sorang lagi, aku tegur la cakap berminat tak baju ni? dia kata minat. dan sama alasan dia, katanya bekerja di Europe dan nak bagi kat kawan dia di Sabah. then proses yang sama dengan JEBON cuma aku bagi no akaun palsu la, tapi aku nak main- main lagi haha. kalini MANGKOK bukan tersalah RM400 tapi RM500 kau, hamik lagi kejam, dasar MANGKOK HAYUN! pastu aku suruh dia batalkan transaction tapi katanya aku kena la faham, yang dia dari INTERNATIONAL BANK susah la, nak buat itu ini, kene pulangkan duit dulu, baru duit tu timbul dalam akaun aku. haha,

pastu aku reply la
but I have notice that I had give you a wrong number acc..and yeah my mother is maybank staff(ni tipu je aku kat MANGKOK).. so I know that you are SCAMMER! I can report you... terus dia block aku, baru aku nak membebel bagi tazkirah sikit, hurm mengekek aku gelak ngan Dila.

Kesimpulannya, buat kalian semua dan peniaga online berhati-hati okay, scammer ni ada dimana-mana sahaja! bukan sahaja melalui call tapi cara smooth tak berapa bijak pon boleh ye! yang penting TERUS TANYA CENTER BANK kalau ragu-ragu. tu paling penting. Duit anda, amat bermakna,,gitu . terima kasih baca sampai habis.


You May Also Like

0 comments