Berpisah

by - March 17, 2022

 love this quote



'Titik tertinggi merelakan ialah menerima hakikat bahawa kita memang dipertemukan untuk sengaja ditakdirkan berpisah'

Benda paling takut dalam hidup adalah perasaan jatuh cinta dengan orang asing. Cinta kepada keluarga memang terlahir begitu sebab ibu dan ayah berkorban untuk kita dari kecil sampai kita besar dan memang sangat wajar meletakkan perasaan cinta kepada mereka. 

Namun jatuh cinta kepada seorang lelaki yang asing adalah perasaan yang berat bagi aku. Untuk minat dan suka itu adalah sebab benda tu memang fitrah namun untuk jatuh cinta sangat sukar untuk aku. kerana takut tersilap langkap dan memberi hati buat si dia, namun sekiranya bukan jodoh kita, boleh menjadi hancur. 

Aku pernah confess pada seseorang ini dan itu benda paling aku rasa gila lah tapi kalau pendam nanti kita sakit kan haha. Suka tapi tak nak ada hubungan begitulah, yang penting lapang dah, sekarang deactive ig dan kurangkan post kat status whatsapp. 

Jadi untuk mengelakkan hati itu hancur dalam masa yang sama mengakui perasaan yang lebih dari suka, aku hanya mengingatkan pada diri,

Andai takdir itu mempertemukan kita, semoga kita bertemu dengan versi terbaik masing-masing. Kita mencari bahagia dengan cara melihat masing-masing bahagia. Mungkin sekarang jika kita terus menjalinkan, hubungan yang menjadi sangkaan indah bertukar menjadi suram. Takut, cinta yang kita fikir kerana Allah menjauhkan kita dari keberkatan Allah. Biarlah doa menjadi saksi kerinduaan, kerana berharap kepadaNya tidak pernah kecewa. Semoga kita menjadi yang terbaik buat persiapan Ajal yang pastinya terjadi. Andai tidak bertemu di dunia, pasti bertemu di atas sana, kerana kehidupan kita tidak semestinya harus berfokuskan pada perkahwinan, namun menjadi khalifah di muka bumi.  

Kerana pertemuan itu mengajar tentang rasa, bukan memiliki raga. 

You May Also Like

2 comments

  1. Suka sangat dengan ayat last phrase tu :D! Thank you for your wise words!

    ReplyDelete
  2. Setiap pertemuan pasti ada hikmahnya.

    Manusia tak akan pernah terlepas dengan rasa cinta dn sayang.

    Andai takdir menyatukan maka tiada yang mampu mengubahnya kecuali dengan izin Allah.

    Fighting dear ‼️

    ReplyDelete