Menyendiri

by - March 16, 2022



Pernah tak korang rasa takut tapi tak tahu takut apa?

perasaan yang tak senang tapi apa yang tak senang. Rasa nak menyendiri, tak nak bercakap dengan orang, nak menghilang dari mereka yang mengenali kita. 
Yeah, itulah apa yang aku rasa sekarang ini sampai ambil keputusan deactived Instagram dan hide status dari kebanyakan orang. Bila orang tanya kenapa buang profile picture? Are you OK? 

Aku tak de jawapan untuk itu.  Bukanla kerana berjumpa dengan orang toksik tapi aku cuma nak upgrade hidup aku. like nak jadi my new me, the best version of me. gituu. Sampai aku betul-betul bersedia nak jumpa mereka yang mengenali aku. Tapi takdelah aku mengelak orang, kalau ada yang nak borak dengan aku, aku sedia mendengar dan bercerita . Cuma nak approach orang, aku tak berani lagi. 

Sekarang( masa blog ini ditulis) aku dah 3 minggu intern. Jauh dari family dan kawan-kawan yang mengenali aku. Family kat Seremban, belajar dekat Melaka tapi intern kat Subang Jaya. Bukan tu je, aku satu-satunya pelajar intern kat office ni, aku kira office ni takde lah kecik sangat and expect maybe jumpa kawan-kawan baru kat sini tapi tak de budak intern kat sini. Menyendiri jugak. Aku tak kisah sangat  kalau x de kawan sama-sama intern sekali cuma expect ada intern baru cam aku laa, ada geng haha. 

Hari pertama, mengalir juga la air mata kat sini bukan sebab staff garang tapi more kepada risau dan takut. Sebab kat sini, semua lebih tua dari aku, aku kena cepat adapt untuk bergaul dengan orang dewasa. Boleh dikatakan belajar secara ODL menyebabkan communication skills semakin berhabuk untuk aku. Tapi aku betul-betul tawakal semoga dipermudahkan segala uruasan.
kenapa pilih intern jauh? 

Aku suka cabar diri aku sebenarnya. Tapi kalini cabarannya besar haha. Aku memang dari dulu nak pengalaman kerja kat KL/Selangor sebab kemudahan transport yang senang kat sini dan kalau boleh tak nak bergantung harap pada mak ayah aku. Jadi, ini adalah keputusan yang besar untuk berhijrah di sini sepanjang umur 22 tahun. Ada juga dapat tempat intern yang lebih dekat dari rumah aku cuma benefit tak banyak la. Aku memang nak pengalaman intern bukan setakat nak habiskan Degree tapi nak pengalaman yang membolehkan dapat skills bila dah kerja nanti. Itu lah paling penting. Lebih 10 interview juga aku nak dapat company untuk Intern dan aku fikir nak dapat tempat intern pon susah apatah lagi kerja nanti dengan ekonomi Malaysia yang agak merosot sekarang ini. 
Selepas aku dapat 3 company intern, tetiba tak tahu pilih. Malam tu aku doa sungguh-sungguh mana yang terbaik untuk aku. Bila bangun je hati aku kuat nak syarikat sekarang ini. Kata hati tak pernah salah bagi aku, jadi aku pilih company ni. 

Setelah 3 minggu, aku boleh adapt sikit-sikit persekitaran kat sini. Dah ada kawan dari Retail department dan berjumpa supervisor Marketing yang sangat membantu walaupun aku department HR& Admin. Alhamdulillah satu-satu Allah permudahkan. Memang susah tapi kalau kita bulat-bulat bergantung kepada Dia, insya Allah ada jalan keluar. Berfikiran baik kepada Dia. 

Sampai situ sahaja coretan aku kali ini, nanti kita berjumpa lagi disebabkan aku dah tak aktif IG, memang aku tulis kat sini jelah. terima kasih sebab baca. 

You May Also Like

0 comments